"Tak Pasti Nak Mula Belajar Al-Quran Dari Mana?"
Jawab kuiz audit jiwa Quran dan kami bantu cadangkan kelas yang paling sesuai dengan tahap dan impian anda.

ANDA MUNGKIN PERNAH RASA...

Saya malu ...sebab dah lama tinggal Quran.

Pernah belajar,. tapi asyik lupa sahaja!

Sibuk kerja...tak sempat cari guru.

Takut nak masuk kelas, rasa tak layak.
"Anda tidak keseorangan. Ramai yang bermula semula dengan kami, dan mereka kini lebih yakin dan tenang."
APA ITU PROGRAM ALBAGHDADI MERU?
Kelas mengikut tahap, bukan pakej semata-mata.
✔️ Pelajar boleh memilih tahap pembelajaran yang paling sesuai dengan diri mereka.
Kami tak paksa anda ikut satu susunan rigid. Anda boleh mula di mana-mana yang sesuai – sama ada mula dari asas, perbaiki tajwid, atau terus ke talaqqi jika sudah bersedia. Ini ialah bimbingan yang fleksibel dan menghormati pengalaman anda.
Modul mesra dewasa, warga emas & pemula.
✔️ Tidak terlalu teknikal. Kami permudahkan, bukan rumitkan.
Modul kami disusun agar anda boleh belajar dalam suasana tenang, perlahan-lahan, tanpa tekanan. Sesuai untuk yang baru mula semula, warga emas, ibu bapa, atau sesiapa saja yang mencari suasana mesra dan menyenangkan.
Dibimbing guru berpengalaman bersanad.
✔️ Anda bukan hanya belajar, tetapi disambungkan kepada warisan Al-Quran yang sahih.
Guru-guru kami bukan sahaja berpengalaman mengajar, tetapi memiliki sanad bacaan yang sah bersambung hingga Rasulullah SAW. Anda akan dibimbing dengan penuh adab, kasih sayang dan ilmu yang tepat.
Komuniti penyayang dan menyokong.
✔️ Anda tidak keseorangan. Di sini, kita belajar dan membina semangat bersama.
Kami bukan sekadar tempat belajar – ini ialah keluarga Al-Quran. Bila anda sertai, anda akan dapat sokongan moral, motivasi dan rakan belajar yang saling mendoakan dan menyokong antara satu sama lain.

Program Lain Untuk Semua Peringkat
Kami menawarkan program pembelajaran Al Quran untuk semua peringkat umur
SERTAI PROGRAM MENGAJI QURAN HARI INI
"Jangan tunggu sempurna baru bermula. Mulakan hari ini dan kami akan bantu anda sampai faham dan jatuh cinta pada Al-Quran."
RENUNGAN
"Dan sesungguhnya Kami mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran?" (Al-Qamar: 17)