• 012-404 0328
  • Email pusatalbaghdadimeru@gmail.com

Berkaitan Sanad

Sanad berasal dari perkataan yang bermaksud berteleku, bersandar dan menyandarkan.Manakala pula bermaksud sandaran. Istilah sanad dalam ilmu qiraat adalah satu disiplin ilmu yang mengetahui sebutan kalimah-kalimah al-Quran serta cara-cara melakukan sebutan sama ada sesuatu yang disepakati atau diperselisihkan oleh para imam qiraat serta dikembalikan setiap bentuk bacaan kepada penyampainya. Sanad diistilahkan sebagai rangkaian muqri’ daripada muqri’ sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Sanad merupakan keistimewaan yang eksklusif umat Islam sebagaimana Abdullah Ibn Mubarak menegaskan bahawa, “al-isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya sesiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.”

“Sanad itu senjata mukmin. Jika seseorang tidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia ingin berperang?”